Tuesday, February 27, 2007

SMS Jam 10.10 mlm

Happy b'day. Nanti i blanja secret recipes 1 slice shj, kita ok la tu. Say gd nite to syahira.

From: Bonda

Thursday, February 15, 2007

Kisah Secebis Roti Di Hari Kekasih

Semalam, kami makan roti sama². Secebis demi secebis aku suapkan pada dia. Dia akur & kadang² dia bising kalau roti itu lambat disuapkan. Lama², dia minta untuk menyuapkan roti itu sendiri menandakan dia sudah bersedia untuk berdikari. Aku bagi secebis kecil. Jari kecilnya memegang roti itu lalu dimasukkan ke dalam mulut comelnya. Lepas tu boleh pulak dia hisap jari! Tak paham konsep makan lagi rupanya ya? Aku senyum; kalau gelak nanti orang sekeliling yang asyik memerhati kami (sampai aku naik rimas!), kata aku gila pulak! Tapi akhirnya, dia mahu aku suapkan dia.

Kamu tahu apa itu bahagia? Ini rasa bahagia yang aku kecapi pada hari kekasih...

Monday, February 12, 2007

Cerita Tentang Gila...

Hari itu aku kemas baju Syahira. Agak banyak jugak (banyak itu pada aku terlalu luas definasinya - jadi pikir² balik, tak la banyak sangat. Masih ada ruang untuk aku bershopping). Ada yang boleh dipakai (yang dulunya dalam simpanan), ada yg aku simpan elok² untuk adik dia (nope, i'm not preggie) & ada yg masih tersimpan dalam satu beg plastik yg agak besar (bergantung kepada korang berapa besar itu besar) untuk dipakai bila dia dah cukup besar. Ini dia baju² yg aku keluarkan daripada simpanan aku & simpanan kedai (a.k.a baru beli) untuk dipakai Syahira dalam masa terdekat ini...
Gaun dibeli di warehouse Poney
Turtle neck (baju hitam pertama Syahira) & Overall












Aunty Last beli di UK. Bilalah kita nak ke sana ye Syahira..?













Aloha! Pemberian kekanda ipar yg dibeli di Lumut








Denims that i love sooo much! Salah satu suar jeans akan dihadiahkan kat bb Aunty Wan & Uncle Latiff. So akan disimpan dalam plastik dulu.

The jacket is waaaay tooo big for Syahira! Masuk dalam plastik dulu la...









Baju gaun untuk dipakai ke Bangi











Oh yeah! She's juz like her daddy!

Wednesday, February 7, 2007

Mandi Manda Di Rumah Umairah

Mereka Fikir Aku Gila...

Aku fikir aku gila sebab semua orang kata aku gila. Mak aku, adik aku, kawan² aku. Suami aku sendiri pun kata aku gila. Kesian dia, kawin dengan perempuan cantik tapi gila. Kesian. Entah kan kalau anak aku pandai bercakap, dia pun cakap mummy dia gila! Kakak ipar aku senyap saja, dia cuma geleng² kepala. Suaminya @ abang aku sendiri yang memang pendiam orangnya... cuma perhati masa aku buat perangai @ naik gila.

Mereka kata aku gila. Jadi aku fikir... benarlah aku gila. Tapi kalau mereka kata aku gila, mereka belum jumpa kawan² aku. Kawan² aku lagi gila. Tu, si Shima tu... Perempuan di opis aku yang belum kahwin, dia lagi gila! Tu, si Sue tu. Belum lagi beranak, bukan main gilanya dia tu. Ha... Seorang lagi, si Linda yang duduk belakang Mesir, kalau kamu jumpa dia, pasti kamu cakap dia gila.

Mereka ni lebih gila daripada aku. Pantang nampak perkataan SALE... masing² tak boleh duduk diam. Ha... mulalah datangnya gila mereka tu. Ada ker, baju kecik macam tu pun si Shima tu boleh beli! Dia ingat dia muat ke? Sudahnya dapat kat anak aku jugak. Gila betul. Jadi aku rasa, dalam kes ini, si Shima tu lagi gila daripada kami² semua.