Semalam, kami makan roti sama². Secebis demi secebis aku suapkan pada dia. Dia akur & kadang² dia bising kalau roti itu lambat disuapkan. Lama², dia minta untuk menyuapkan roti itu sendiri menandakan dia sudah bersedia untuk berdikari. Aku bagi secebis kecil. Jari kecilnya memegang roti itu lalu dimasukkan ke dalam mulut comelnya. Lepas tu boleh pulak dia hisap jari! Tak paham konsep makan lagi rupanya ya? Aku senyum; kalau gelak nanti orang sekeliling yang asyik memerhati kami (sampai aku naik rimas!), kata aku gila pulak! Tapi akhirnya, dia mahu aku suapkan dia.
Kamu tahu apa itu bahagia? Ini rasa bahagia yang aku kecapi pada hari kekasih...
Thursday, February 15, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
syahirah..kamu sangat2 sweet..
bahagia sangat rasanya...
ihiks...berdua lebih baik! bahagianyer.....saya juga tumpang bahagia sih...hehehe
Post a Comment