Dulu masa aku kecil², mak aku kata aku suka melawa. Aku suka didandankan. Kalau merajuk, itulah ubatnya. Alah, budak perempuan, apa nak dihairankan. Lagipun mereka yang ajar, aku pada usia sedikit besar daripada Syahira ketika itu, sudah tentu penuh dengan perasaan ingin tahu & mahu mencuba. Masih aku ingat kenangan zaman kanak². Dulu, kalau mak keluar, aku selalu curi² pakai lipstik dia. Dengar saja bunyi enjin kereta @ motor, cepat² aku lap bibirku guna tuala. Dah tentu²lah mak aku yg basuh tuala tu! Tapi itu dulu, masa aku sekolah rendah.
Syahira bakal meraikan hari jadi pertamanya 19 Mei ini. Yay! dah besar. Ya memang dah besar pun anak bertuah seorang tu. Sabtu lalu, lepas aku bagi susu pada syahira, aku tertidur di kala dia sibuk bermain seorang diri. Ayahnya pula mandi. Rumah sunyi & anak yang diam dek lekakan sesuatu... pasti satu kejutan akan berlaku. Dan nah! Ketika aku sedang sibuk menggapai sisa² mimpi kala jam menunjukkan pukul 8.30 am, rupanya Syahira sedang sibuk bermain sesuatu! Terkejut mendengar jeritan suamiku, "Yang, awak tengok apa Syahira buat", lalu aku bangun dalam kemamaian nan indah.
Syahira berdiri membelakangi aku. Tak ada apa² yang mencemaskan, jadi kenapa Azhar menggesa aku bangun dari lena yang cukup menyenangkan? Syahira mengalihkan badannya lalu memandang aku... Ya Allah! Dia pakai lipstik!! Habis comot bibir & jari jemari Syahira! Habis berconteng baju kegemarannya (ok, baju Syahira yang menjadi kegemaran aku sebenarnya...). Habis sebatang lipstik aku dikorek & 'dimakan' Syahira! Bertuah betul...
Bukan sekali tapi errr.... 2 kali walaupun aku cukup yakin aku dah sorok lipstik yang tidak boleh dipakai itu lagi sebelum aku err.... sambung tidur setelah aku bersihkan Syahira & ayah Syahira pergi kerja. Errr.....
Wednesday, May 9, 2007
Friday, May 4, 2007
Hidup yang sudah berubah & langkah pertama yang sudah diambil
- 10 April 2007: Kami sekeluarga berpindah ke rumah baru. Rumah kecil yang nyaman. Malam itu, dalam kepenatan & sesalan (sebab tak packing barang awal2!), Syahira memberi rasa bahagia buat kami - pertama kali dia melangkahkan kakinya! Terkejut aku melihat dia dengan cerianya & senyum di bibir semacam bangga dapat menunjukkan skil terbarunya kepada aku, mak & Azhar tatkala jam menunjukkan angka 12 tengah malam. Yay! Syahira dah boleh berjalan. Yay!
- 29 Mei 2007: Sekali lagi Syahira buat aku tersenyum meleret² sampai ke hari ini jika dikenang²... Ok lah, mungkin aku salah dengar, mungkin anda yg lalu lalang di sini anggap aku ibu yg fanatik or sumting like that tapi mmg aku sangat pasti dia sebut PANDAI. 2 kali & kalau dikira semalam, sudah 3 kali dia sebut perkataan itu dengan jelas dalam bahasa pelatnya. Biasanya aku yang sebut pandai pada dia kalau dia berjaya memberikan sesuatu kepada aku (dan bukan berjaya memasukkan sesuatu itu di dalam mulutnya!) tapi belumpun sempat aku memberi bunga² pujian buat dia, dia terlebih dahulu puji diri sendiri. Haha!
Ok aku di sini bukan nak puji anak sendiri, tapi menulis sekadar nota untuk esok hari. Pernah dengar kan lagu err.. tak pasti pula tajuknya tapi begini bunyi lagu itu..."if u're happy n u know u clap ur hands". haaa.... bila sampai masanya untuk bertepuk tangan, Syahira sudah pandai untuk tepuk tangan di verse itu & tunggu aku nyanyi lagi & dia tepuk lagi & aku nyanyi lagi & dia tepuk lagi... sehinggalah aku penat menyanyi. Yes, I'm proud of her. Tak tahu siapa yg ajar dia, Azhar kata Barney. Jadi kalau begitu, thanks a million Barney & Friends! If u're happy n u know u clap ur hands.....

Tuesday, April 3, 2007
Sibuk
Sorry Syahira, mummy selalu balik lambat. Bila mummy balik, mummy tak boleh layan syahira sebab mummy kena masak utk daddy, masak bubur syahira, basuh baju, itu ini itu ini... dan kamu syahira, yang rindu pada mummy, selalu saja sibuk merangkak & berdiri sambil pegang kaki mummy masa mummy tengah potong ayam @ menggulai ikan. Sorry sayang, mummy sibuk, mummy banyak kerja. Bila perut semua orang dah terisi & kerja di rumah hampir siap, kira² jam 9.30 malam, mummy baru dapat melabuhkan punggung di ruang tamu rumah kita & memeluk kamu. Tapi... waktu itu kamu sudah isap jari & baring² di bantal (yang memang dah bermaustatin depan tv!) tanda mahu tidur. Janganlah tidur lagi syahira, mummy baru nak main dengan syahira... Mummy rindu syahira...
- Terima kasih kepada kawan² yg wish, sms, bagi kad, hadiah, kek dll masa bday aku about a mth ago. Bday kali ni lebih best.... sebab azhar tak lupa bday aku.
- Terima kasih kepada kawan² yg wish, sms, bagi kad, hadiah, kek dll masa bday aku about a mth ago. Bday kali ni lebih best.... sebab azhar tak lupa bday aku.
Tuesday, February 27, 2007
SMS Jam 10.10 mlm
Happy b'day. Nanti i blanja secret recipes 1 slice shj, kita ok la tu. Say gd nite to syahira.
From: Bonda
From: Bonda
Thursday, February 15, 2007
Kisah Secebis Roti Di Hari Kekasih
Semalam, kami makan roti sama². Secebis demi secebis aku suapkan pada dia. Dia akur & kadang² dia bising kalau roti itu lambat disuapkan. Lama², dia minta untuk menyuapkan roti itu sendiri menandakan dia sudah bersedia untuk berdikari. Aku bagi secebis kecil. Jari kecilnya memegang roti itu lalu dimasukkan ke dalam mulut comelnya. Lepas tu boleh pulak dia hisap jari! Tak paham konsep makan lagi rupanya ya? Aku senyum; kalau gelak nanti orang sekeliling yang asyik memerhati kami (sampai aku naik rimas!), kata aku gila pulak! Tapi akhirnya, dia mahu aku suapkan dia.
Kamu tahu apa itu bahagia? Ini rasa bahagia yang aku kecapi pada hari kekasih...
Kamu tahu apa itu bahagia? Ini rasa bahagia yang aku kecapi pada hari kekasih...
Monday, February 12, 2007
Cerita Tentang Gila...
Hari itu aku kemas baju Syahira. Agak banyak jugak (banyak itu pada aku terlalu luas definasinya - jadi pikir² balik, tak la banyak sangat. Masih ada ruang untuk aku bershopping). Ada yang boleh dipakai (yang dulunya dalam simpanan), ada yg aku simpan elok² untuk adik dia (nope, i'm not preggie) & ada yg masih tersimpan dalam satu beg plastik yg agak besar (bergantung kepada korang berapa besar itu besar) untuk dipakai bila dia dah cukup besar. Ini dia baju² yg aku keluarkan daripada simpanan aku & simpanan kedai (a.k.a baru beli) untuk dipakai Syahira dalam masa terdekat ini...
Gaun dibeli di warehouse Poney
Aunty Last beli di UK. Bilalah kita nak ke sana ye Syahira..?
Aloha! Pemberian kekanda ipar yg dibeli di LumutDenims that i love sooo much! Salah satu suar jeans akan dihadiahkan kat bb Aunty Wan & Uncle Latiff. So akan disimpan dalam plastik dulu.
The jacket is waaaay tooo big for Syahira! Masuk dalam plastik dulu la...
Baju gaun untuk dipakai ke Bangi
Oh yeah! She's juz like her daddy!Wednesday, February 7, 2007
Mereka Fikir Aku Gila...
Aku fikir aku gila sebab semua orang kata aku gila. Mak aku, adik aku, kawan² aku. Suami aku sendiri pun kata aku gila. Kesian dia, kawin dengan perempuan cantik tapi gila. Kesian. Entah kan kalau anak aku pandai bercakap, dia pun cakap mummy dia gila! Kakak ipar aku senyap saja, dia cuma geleng² kepala. Suaminya @ abang aku sendiri yang memang pendiam orangnya... cuma perhati masa aku buat perangai @ naik gila.
Mereka kata aku gila. Jadi aku fikir... benarlah aku gila. Tapi kalau mereka kata aku gila, mereka belum jumpa kawan² aku. Kawan² aku lagi gila. Tu, si Shima tu... Perempuan di opis aku yang belum kahwin, dia lagi gila! Tu, si Sue tu. Belum lagi beranak, bukan main gilanya dia tu. Ha... Seorang lagi, si Linda yang duduk belakang Mesir, kalau kamu jumpa dia, pasti kamu cakap dia gila.
Mereka ni lebih gila daripada aku. Pantang nampak perkataan SALE... masing² tak boleh duduk diam. Ha... mulalah datangnya gila mereka tu. Ada ker, baju kecik macam tu pun si Shima tu boleh beli! Dia ingat dia muat ke? Sudahnya dapat kat anak aku jugak. Gila betul. Jadi aku rasa, dalam kes ini, si Shima tu lagi gila daripada kami² semua.

Thursday, January 18, 2007
Dia Sudah Mahu Melepaskan Tangannya
Lewat petang semalam, belum sempat aku melepaskan penat lelahku, Kak Mah mengkhabarkan aku satu berita - Tak tahu nak ku anggap gumbira @ duka. Dan buah hati aku sendiri terus saja menunjukkan aksi beraninya kepada aku. Aku senyap & kemudian turut ketawa melihat keletahnya. Malam itu, sebelum kami melayarkan mimpi, sekali lagi dia buat begitu. Dia sudah mahu melepaskan tangannya daripada aku! Berani sungguh! Juga sekali lagi aku senyap & kemudian memberi sebaris-dua ayat puji-pujian tanda sokongan. Lepaslah sayang, kalau kamu jatuh ke belakang, usah risau, tangan mummy sentiasa bersedia menyambut kamu bila² masa saja. Tapi dalam hati... Hani, mummy masih belum mahu melepaskan tangan mummy daripada kamu sayang. Belum lagi. Mungkin lagi 20 tahun 2 bulan & 2 hari, belum tentu mummy bersedia untuk melepaskan tangan kamu. Eh, psiko ke aku nih?? Overprotective?? Mummy psiko!
Tuesday, January 16, 2007
Bosan Tiada Teman
Bosan
Bosan
Bosan...
Opie & Lin, sahabat seopis, tiada di opis kerana mereka sedang bercuti. Seronok betul. Entah bila Azhar nak bawa aku & syahira bercuti. Tapi insya-Allah, bln 5 ni aku akan bawa Azhar, Syahira, mak, Na & Lin ke Langkawi. Can't wait.
Oh ya! Syahira dah pandai bye kat orang. Comel betul (bukan sebab dia anak aku, tapi perlakuan itu sangat comel; melihat jari-jemari kecilnya itu melambai² pada aku & juga manusia asing yg lalu-lalang ketika kami ke Alamanda tempohari). Dia jugak dah pandai tepuk tangan. Motor skillnya dah semakin baik walaupun dia belum lagi mahu merangkak pada usia 8 bln. Apapun aku bahagia.

Tuesday, January 2, 2007
Dia Kacau Aku Lagi...
Aku tak suka dia kacau aku. Tiap² malam dia kacau aku sampai aku tak lena tido. Dia pegang aku, dia cium pipi aku, dia peluk aku. Tapi dia senyap je. Tak bersuara. Aku tak suka, sebab bila aku bangun tido, aku tengok dia dah tak ada. Dia tak ada...
Syukur...
Syukur Alhamdulillah sebab niat kami suami isteri untuk meng-aqikah-kan seekor kambing buat syahira telah tertunai - insya Allah. Bertempat di kampung Ajhar, felda jenderak Utara, temerloh, seekor kambing biri² yg comel telah disembelih oleh pak cik Nuar dengan jayanya. Acara ini disusuli dengan kenduri kecil²an (kecik ke hapenye kalu dah mak mertua aku yg handle kenduri! hehe) & cukur jambul. Nasib baik yg dicukur hanya jambul, tidak keseluruhan rambut syahira. Pelik kenapa acara tersebut dipanggil cukur jambul sedangkan aku lihat makcik² yg menjayakan acara tersebut menggukan gunting, bukan pisau cukur @ electric shaver... shaver foam pun tidak digunakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)