Thursday, January 18, 2007

Dia Sudah Mahu Melepaskan Tangannya

Lewat petang semalam, belum sempat aku melepaskan penat lelahku, Kak Mah mengkhabarkan aku satu berita - Tak tahu nak ku anggap gumbira @ duka. Dan buah hati aku sendiri terus saja menunjukkan aksi beraninya kepada aku. Aku senyap & kemudian turut ketawa melihat keletahnya. Malam itu, sebelum kami melayarkan mimpi, sekali lagi dia buat begitu. Dia sudah mahu melepaskan tangannya daripada aku! Berani sungguh! Juga sekali lagi aku senyap & kemudian memberi sebaris-dua ayat puji-pujian tanda sokongan. Lepaslah sayang, kalau kamu jatuh ke belakang, usah risau, tangan mummy sentiasa bersedia menyambut kamu bila² masa saja. Tapi dalam hati... Hani, mummy masih belum mahu melepaskan tangan mummy daripada kamu sayang. Belum lagi. Mungkin lagi 20 tahun 2 bulan & 2 hari, belum tentu mummy bersedia untuk melepaskan tangan kamu. Eh, psiko ke aku nih?? Overprotective?? Mummy psiko!

Tuesday, January 16, 2007

Bosan Tiada Teman

Bosan

Bosan

Bosan...

Opie & Lin, sahabat seopis, tiada di opis kerana mereka sedang bercuti. Seronok betul. Entah bila Azhar nak bawa aku & syahira bercuti. Tapi insya-Allah, bln 5 ni aku akan bawa Azhar, Syahira, mak, Na & Lin ke Langkawi. Can't wait.

Oh ya! Syahira dah pandai bye kat orang. Comel betul (bukan sebab dia anak aku, tapi perlakuan itu sangat comel; melihat jari-jemari kecilnya itu melambai² pada aku & juga manusia asing yg lalu-lalang ketika kami ke Alamanda tempohari). Dia jugak dah pandai tepuk tangan. Motor skillnya dah semakin baik walaupun dia belum lagi mahu merangkak pada usia 8 bln. Apapun aku bahagia.

Tuesday, January 2, 2007

Dia Kacau Aku Lagi...

Aku tak suka dia kacau aku. Tiap² malam dia kacau aku sampai aku tak lena tido. Dia pegang aku, dia cium pipi aku, dia peluk aku. Tapi dia senyap je. Tak bersuara. Aku tak suka, sebab bila aku bangun tido, aku tengok dia dah tak ada. Dia tak ada...

Syukur...

Syukur Alhamdulillah sebab niat kami suami isteri untuk meng-aqikah-kan seekor kambing buat syahira telah tertunai - insya Allah. Bertempat di kampung Ajhar, felda jenderak Utara, temerloh, seekor kambing biri² yg comel telah disembelih oleh pak cik Nuar dengan jayanya. Acara ini disusuli dengan kenduri kecil²an (kecik ke hapenye kalu dah mak mertua aku yg handle kenduri! hehe) & cukur jambul. Nasib baik yg dicukur hanya jambul, tidak keseluruhan rambut syahira. Pelik kenapa acara tersebut dipanggil cukur jambul sedangkan aku lihat makcik² yg menjayakan acara tersebut menggukan gunting, bukan pisau cukur @ electric shaver... shaver foam pun tidak digunakan.