Thursday, January 18, 2007
Dia Sudah Mahu Melepaskan Tangannya
Lewat petang semalam, belum sempat aku melepaskan penat lelahku, Kak Mah mengkhabarkan aku satu berita - Tak tahu nak ku anggap gumbira @ duka. Dan buah hati aku sendiri terus saja menunjukkan aksi beraninya kepada aku. Aku senyap & kemudian turut ketawa melihat keletahnya. Malam itu, sebelum kami melayarkan mimpi, sekali lagi dia buat begitu. Dia sudah mahu melepaskan tangannya daripada aku! Berani sungguh! Juga sekali lagi aku senyap & kemudian memberi sebaris-dua ayat puji-pujian tanda sokongan. Lepaslah sayang, kalau kamu jatuh ke belakang, usah risau, tangan mummy sentiasa bersedia menyambut kamu bila² masa saja. Tapi dalam hati... Hani, mummy masih belum mahu melepaskan tangan mummy daripada kamu sayang. Belum lagi. Mungkin lagi 20 tahun 2 bulan & 2 hari, belum tentu mummy bersedia untuk melepaskan tangan kamu. Eh, psiko ke aku nih?? Overprotective?? Mummy psiko!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
itu bukan psiko mummy..itu naluri seorang ibu....
anak angkat mummy
izzah umairah ;)
Post a Comment