Wednesday, May 9, 2007

Syahira... Syahira... (Geleng Kepala)

Dulu masa aku kecil², mak aku kata aku suka melawa. Aku suka didandankan. Kalau merajuk, itulah ubatnya. Alah, budak perempuan, apa nak dihairankan. Lagipun mereka yang ajar, aku pada usia sedikit besar daripada Syahira ketika itu, sudah tentu penuh dengan perasaan ingin tahu & mahu mencuba. Masih aku ingat kenangan zaman kanak². Dulu, kalau mak keluar, aku selalu curi² pakai lipstik dia. Dengar saja bunyi enjin kereta @ motor, cepat² aku lap bibirku guna tuala. Dah tentu²lah mak aku yg basuh tuala tu! Tapi itu dulu, masa aku sekolah rendah.

Syahira bakal meraikan hari jadi pertamanya 19 Mei ini. Yay! dah besar. Ya memang dah besar pun anak bertuah seorang tu. Sabtu lalu, lepas aku bagi susu pada syahira, aku tertidur di kala dia sibuk bermain seorang diri. Ayahnya pula mandi. Rumah sunyi & anak yang diam dek lekakan sesuatu... pasti satu kejutan akan berlaku. Dan nah! Ketika aku sedang sibuk menggapai sisa² mimpi kala jam menunjukkan pukul 8.30 am, rupanya Syahira sedang sibuk bermain sesuatu! Terkejut mendengar jeritan suamiku, "Yang, awak tengok apa Syahira buat", lalu aku bangun dalam kemamaian nan indah.

Syahira berdiri membelakangi aku. Tak ada apa² yang mencemaskan, jadi kenapa Azhar menggesa aku bangun dari lena yang cukup menyenangkan? Syahira mengalihkan badannya lalu memandang aku... Ya Allah! Dia pakai lipstik!! Habis comot bibir & jari jemari Syahira! Habis berconteng baju kegemarannya (ok, baju Syahira yang menjadi kegemaran aku sebenarnya...). Habis sebatang lipstik aku dikorek & 'dimakan' Syahira! Bertuah betul...

Bukan sekali tapi errr.... 2 kali walaupun aku cukup yakin aku dah sorok lipstik yang tidak boleh dipakai itu lagi sebelum aku err.... sambung tidur setelah aku bersihkan Syahira & ayah Syahira pergi kerja. Errr.....

No comments: