Monday, December 25, 2006

Hujung Minggu Yang Indah


Bermula daripada ari jumaat, tiba² hubby ajak kuar. Cam tak percaya sebab dia jarang nak ajak kuar berjalan² @ berpeleseran di kompleks membeli belah ni. mungkin sebab aku selalu membeli & terus belah meninggalkan dia keseorangan bersama akak cashier untuk membuat pembayaran. Mungkin. So that nite, supposed kami ke jaya jusco cheras selatan sebab dia kata dia tak penah pegi dengan aku. aku dah 2 kali pergi & noting much to explore pun tempat sekangkang kera tu. Tapi ada consert plak & takmo bersesak², kami terus menuju ke tempat (dulu) aku anggap agak happening - The Mines. Hey, happening sebab ada TVG ok! Pun sama, tak beli apa, makan & balik. Tapi aku puas sebab hubby aku ajak jalan².

Ari sabtu, seperti selalunya, aku & syahira ber2 di rumah. Bangun & tido balik & bangun untuk ke ofis sebenar. kemudian ke bangi - Ya, acara wajib setiap hari cuti. balik ke rumah, hubby ajak jalan². Hurayyy! Syahira menjerit kegirangan. Masuk kete, kami sekeluarga terdiam tak tahu nak menuju ke pusat membeli belah yg mana satu. Kereta yg dipandu hubby seperti secara otomatiknya membawa kami menuju ke arah bangi. Yep, sekali lagi kami ke bangi menjemput mak, lin & na. Dan untuk ke sekelian kalinya, kami ke tempat yg aku anggap paling happening di alam maya ini - Alamanda. O... patut la laki aku sibuk ajak berjalan, rupanya dia nak beli penyedut hampagas. hampa sungguh aku, ingat nak beli suar jeans aku. Nampaknya cubaan tuk buat dia pujuk aku dengan beli seluar jeans baru sebab merajuk ari jumaat aritu gagal.

Ari Ahad, aku & syahira ke bangi (ye lagi!) & kami terpaksa ke Alamanda semula sebab barang yg laki aku beli tu telah menyebabkan umah kami hampir² blackout. So pegi tukar barang. Aku suka betul harini sebab Lin & Azwan buat makan² kat umah baru mereka. Bestt sangat dapat jumpa umairah. Dah lama tak jumpa dia. Buku yg dibeli untuk umairah pun dah tenggelam dek habuk kat umah aku (mungkin sebab tu laki aku nak beli vaacum). Rumah lin cantik & tiada penafian terhadap kesedapan masakan lin. Sedap betul. Kami pulang jam 11pm dalam keadaan kekenyangan. Saya rasa bahagia sebab dapat berjalan dengan keluarga saya. Tima kasih kat umairah sebab belikan baju baru kat syahira. comel baju tu.

Ari Isnin, seperti biasa juga, ke bangi. Kali ini kami tidak ke Alamanda, walaupun vaacum yg dibeli itu memberi impak yg sama terhadap penyaluran elektrik di rumah aku. Bukan salah vaacum itu. Sepatutnya hari ini hubby cuti tapi pagi² Ahad bos dia call kata semua org kena kerja hari X'mas. Hampagas sungguh. Kami dah plan nak ke desa waterpark (cadangan aku) @ bukit tinggi (cadangan hubby sebab mak tak pernah ke sana). Kesudahannya, lepas makan kat bangi, aku bawa mak & na ke south city plaza. satu lagi tempat lame yg kadang² dapat good bargain. Tapi aku rasa best sebab hubby keje kat situ. dapat la kacau dia keje. Huhu! Setelah makan bersama, kami the girls ke minlon sebab nak cari bunga telur for syahira. No, aku belum bercita² nak bermenantu lagi, bunga telur tu tuk cukur jambul dia hari raya korban nanti. Buat aqiqah sekali, insya-Allah. Hubby yg terus pulang ke rumah untuk mandi manda & tidur sebenar, kami jemput dia setelah puas membelek bunga telur yg tidak bertelur itu. Kami ke bangi, hantar mak & na. Sebelum tu, kami singgah ke kedai lampu yg banyak sangat tulis - harga runtuh, harga meletup dsb. Haram! Pulang ke rumah, tiba² semangat aku tuk masak tomyam berkobar². Lepas satu² kedai runcit di kaw perumahan kami, kami terjah untuk mencari bahan² tomyam. Kedai² di sana tidak memberi kerjasama sebab barang² yg dicari tak ada. So bila dah nak sampai kat rumah, kami patah balik & ke giant. Misi mencari bahan² hampir lengkap. Bila kami balik & mula masak, baru perasan paste tomyam yg dibeli di Alamanda hilang! Ok, bukan hilang tapi tak tahu letak di mana. Tomyam pulak tak berapa jadi sebab terlebih letak limau. Masammmm! Tapi aku happy sebab dapat masak sama² dgn hubby. Ceh, cam tak biasa pulak...

Overall, aku sangat happy... Sekian.

3 comments:

kulatkulat said...

shahira menjerit hurray bila di ajak keluar... hmm meragukan.

Heheheh U ni memang nakal!

thanks to shahira & umairah yang menceriakan hari auntie OP.. heheheh

Tuan Rumah said...

Serius opie, syahira jerit "hurray!". Serius...

lin said...

time kasih kat auntie Op, auntie liz & auntie hanim sebab sudi datang menceriakan rumah umairah...pasni kita buat satu lagi majlis makan2..kita ajak semua uncle2 kat opis kita...hurayy!